RA digesa tubuhkan KRT bukan GnG, di semua taman perumahan di bawah PBT

Semua persatuan penduduk (RA) digesa menubuhkan skim Komuniti Rukun Tetangga (KRT) untuk kesejahteraan dan perpaduan komuniti - bukan skim GnG yang membelah bahagikan masyarakat dan berkepentingan segelintir penduduk sahaja.

Satu cadangan yang utama ialah... semua taman perumahan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya dibenar menubuhkan KRT atau Komuniti Rukun Tetangga bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS). Skim berpagar dan/atau skim berpengawal tidak lagi dibenarkan di taman perumahan bukan persendirian. Persatuan penduduk yang berkenaan mestilah menubuhkan KRT, bukan GnG.

Skim berpagar tidak formal yang dilaksanakan di taman-taman perumahan di bawah PBT adalah tidak selari dengan perundangan dan inisiatif kerajaan. Hanya skim berpagar formal yang sahih dibenarkan di kediaman eksklusif swasta atau di harta persendirian sahaja.

Jangan mudah terperdaya oleh Persatuan Penduduk (RA) di kediaman anda yang hanya berminat untuk usahakan Skim Berpagar atau Skim Berpengawal. Skim Kawasan Rukun Tetangga KRT atau Komuniti Rukun Tetangga tidak diberi perhatian atau peluang langsung walaupun digalakkan oleh pihak kerajaan pusat.

Walaupun PDRM banyak memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan program Skim Rondaan Sukarela SRS, banyak Persatuan Penduduk masih tidak berminat untuk melaksanakan KRT di taman perumahan mereka. Adakah pihak persatuan penduduk ini tidak prihatin atau mereka sebenarnya adalah korup?

Pihak persatuan penduduk (RA) sepatutnya tahu pelaksanaan skim berpagar di taman-taman perumahan rumah teres di bawah PBT (kediaman bukan persendirian) adalah tidak sah dan tidak selari dengan perundangan sediada.

PBT tidak boleh memberi kelulusan rasmi kepada skim berpagar yang tidak formal. (Kelulusan rasmi hanya boleh diberikan kepada skim komuniti berpagar dan berpengawal yang formal sahaja). 

Walaupun permohonan mereka tidak dapat memenuhi garis panduan dan syarat-syarat ditetapkan, mereka masih berdegil melaksanakan skim berpagar mereka.

Terdapat juga pihak RA yang tidak jujur semasa membuat permohonan dan pelaksanaan skim kawalan mereka. Walaupun hanya memperolehi persetujuan 75%, mereka masih melaksanakan skim berpagar dengan sistem kad akses yang dilarang.

Caranya ialah, pada mulanya mereka melaksanakan skim berpengawal sahaja tanpa kad akses. Sistem kad akses tidak dipasang dahulu sebab mereka tahu ia tidak dibenarkan pihak berkuasa. Tetapi setelah mereka beroperasi untuk beberapa bulan, barulah mereka melaksanakan sistem kad akses mereka.

Lepas itu, gejala korup pihak RA mula tonjol. Semua syarat, garis panduan dan peraturan pihak berkuasa diabaikan. Jalanraya awam mula dihalang. Walaupun kediaman itu bukan harta persendirian, kenderaan serta komuniti setempat dihalang keluar masuk. 

Komuniti sekitar dan penduduk yang tidak menyertai skim juga dihalang dan "disusahkan". Pengawal keselamatan pula diarah meminta dokumen pengenalan seperti MyKad atau lesen memandu pihak awam walaupun ia adalah satu kesalahan (di bawah Peraturan 7 KDN Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990). Banyak kes yang berlaku seperti ini, dan PBT tidak dapat memantau kegiatan mereka semua pada setiap masa.

Akhirnya pihak RA yang melaksanakan skim berpagar haram seperti ini banyak mencetuskan kemarahan dan sengketa di kalangan komuniti. Skim-skim yang sudah menjadi luar-kawalan seperti ini telah menjejaskan perpaduan komuniti dengan teruk sekali. Skim GnG haram ini sebenarnya hanya berkepentingan segelintir penduduk sahaja yang mempunyai agenda tertentu.

Terdapat banyak RA yang menipu komuniti mereka bahawa cuma 75% persetujuan diperlukan bagi memohon kelulusan skim berpagar dengan kad akses. Mereka sebenarnya tidak telus dan tulus kepada komuniti. Ramai yang keliru atau tak pasti, dan pihak RA telah mengambil kesempatan untuk menjayakan agenda mereka.

Kononnya niat pihak RA yang melaksanakan 'GnG' haram ini adalah untuk keselamatan penduduk. Tetapi pemikiran kritikal haruslah dipraktikkan di sini agar tidak ada mana-mana pihak yang dapat mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan sewenang-wenangnya. 

Adakah 'wabak GnG haram' ini dibelenggu oleh 'kartel' yang beroperasi di kawasan perumahan tertentu sahaja atau secara meluas di seluruh negara? Wabak ini kalau tidak diambil tindakan sewajarnya akan terus memudaratkan lagi perpaduan komuniti, kaum dan masyarakat. 

'GnG' haram ini telah banyak menimbulkan pelbagai masalah kepada komuniti. Ia adalah seperti wabak penyakit parasit dalam komuniti kita sekarang dan ia membelah-bahagikan masyarakat.

Sebagai rakyat prihatin kita patut hentikan gejala wabak 'GnG' haram ini dan promosikan Komuniti Rukun Tetangga untuk semua taman perumahan bukan-swasta. (Biar skim komuniti berpagar yang formal sahaja beroperasi di taman perumahan swasta eksklusif yang diwartakan).

Kita juga menyeru kepada semua PBT seperti majlis perbandaran /bandaraya dan PDRM agar tidak meluluskan permohonan persatuan penduduk yang tidak dapat memenuhi semua syarat ditetapkan. Tolong jangan berikan mereka 'lesen' untuk meminta bayaran daripada penduduk. 

Lebih penting lagi ialah untuk menjaga harmoni, perpaduan dan kesejahteraan komuniti. Melaksanakan 'GnG' haram adalah seperti wabak penyakit parasit dalam komuniti kita sekarang dan ia membelah-bahagikan masyarakat. Lebih baik aktifkan Kawasan Rukun Tetangga.

Mulai sekarang, pihak pemaju seperti Sime Darby Property dan SP Setia harus memainkan peranan yang lebih aktif dan selari dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan komuniti melalui KRT. Pihak pemaju juga haruslah memainkan peranan untuk memastikan gejala wabak GnG haram tidak berleluasa lagi.

Pihak pemaju mulai sekarang hendaklah cuba dengan lebih giat lagi untuk bantu usaha kerajaan untuk menjayakan agenda ini selepas Perdana Menteri kita melancarkan "Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021 - 2030" kepada seluruh negara.

Pihak pemaju mulai sekarang hendaklah cuba mengintegrasikan pelan pembangunan mereka dengan pelan kerajaan berlandaskan Komuniti Rukun Tetangga dan "National Unity Blueprint 2021-2030".

Semua persatuan penduduk digesa tubuhkan KRT di kediaman masing-masing untuk menggantikan skim kawalan haram dengan Skim Rondaan Sukarela di bawah Komuniti Rukun Tetangga KRT.

Sudah tiba masanya program dan aktiviti Komuniti Rukun Tetangga diambil sirius oleh semua. Marilah kita bersama-sama menjayakan program KRT yang dilancarkan baru-baru ini oleh YAB Perdana Menteri yang kita sanjungi dan kasihi. Terima kasih PM.

Malaysia Prihatin
dan Kita Jaga Kita


*****************

PM saran program, aktiviti Rukun Tetangga diperluas

Sudah tiba masanya program dan aktiviti Rukun Tetangga diambil sirius oleh semua penduduk taman perumahan dan kediaman biasa. Semua persatuan penduduk digesa menubuhkan KRT di kediaman masing-masing untuk menggantikan skim perumahan haram. (Skim berpagar dan berpengawal hanya dibenarkan di taman perumahan swasta dan premis persendirian sahaja).

Perpaduan kukuh tentukan hala tuju pembangunan negara

Tak payah skim berpagar, KRT juga mampu kurangkan jenayah

Let us promote Rukun Tetangga (KRT) in our neighbourhood

Rukun Tetangga ... the best example of how a group of residents strive to express the "Sayangi Malaysia" spirit. RT is so beautiful and good for the country. We love Rukun Tetangga and let's promote KRT in our neighbourhoods!

RM50 million allocation to benefit more than 8,000 KRT
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) grant increased from RM4,800 to RM6,000 in the recent Budget 2021 announcement by MoF Minister. The government is promoting unity and harmonious culture!

**************

Kepolisan Komuniti boleh bantu keselamatan komuniti juga

Selain daripada skim Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau Skim Rondaan Sukarela (SRS), ...Kepolisan Komuniti (Community Policing) juga boleh dilaksanakan untuk bantu banteras jenayah di taman-taman perumahan. Tak payah usahakan skim berpagar haram atau skim yang tidak mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan PBT. Persatuan Penduduk yang mati-mati hendak mengusahakan skim berpagar atau skim berpengawal di kawasan kediaman bukan swasta sebenarnya adalah korup dan mempunyai agenda tertentu.

Garis panduan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi pihak RA yang hendak melaksanakan skim berpagar dan/atau skim berpengawal adalah tepat dan memadai. Untuk kelulusan skim berpagar, persetujuan 100% diperlukan. Kegunaan kad akses automatik juga dilarang sama sekali. Untuk skim kejiranan berpengawal tanpa kegunaan kad akses, sekurang-kurangnya persetujuan penduduk 75% - 85% diperlukan bergantung kepada pihak majlis perbandaran/bandar.

Kalau syarat-syarat tersebut tidak dikenakan, pihak RA akan buat macam-macam untuk menyusahkan komuniti dan memaksa mereka bayar (yuran bulanan untuk kad akses supaya senang untuk keluar masuk kediaman mereka tanpa ditahan/ganggu - siapa tak bayar kad mereka akan disekat). Pengawal keselamatan diarah untuk menghalang penghuni yang ingkar. Inilah cara pihak RA beroperasi untuk mengaut keuntungan. Akhirnya, gejala atau wabak 'GnG' haram di seluruh negeri akan menjadi tidak terkawal dan perpaduan masyarakat akan terjejas dengan lebih teruk lagi.

Cukuplah, pada masa negara dan rakyat mengalami pelbagai tekanan terutamanya tekanan ekonomi akibat Covid-19, kita semua kena lebih bijaksana dan kita kena jaga kita. Pihak kerajaan juga kena lindungi kita semua. Bantu rakyat kerajaan prihatin. Jangan percaya sangat cakap RA. Mereka hanya segelintir penduduk yang mempunyai kepentingan kendiri. Pihak pemaju SDP pun telah memberi penjelasan bahawa seluruh projek rumah teres 2 tingkat di BBR tidak diwartakan sebagai kediaman 'GnG' yang sah waktu projek bermula.

Semua penduduk harus tahu apa yang patut diberi sokongan dan apa yang tidak.

Bagaimana program kepolisan komuniti boleh diberi lebih penekanan dan dipertingkatkan lagi sedangkan tiada pihak persatuan penduduk (RA) yang sanggup melaksanakannya? Kawasan Rukun Tetangga atau Skim Rondaan Sukarela pun mereka tiada minat langsung sebab tidak melibatkan yuran bulanan yang dikenakan kepada penduduk.

Sebenarnya hampir semua persatuan penduduk (RA) yang mengusahakan skim berpagar dan berpengawal di taman perumahan bukan swasta adalah korup dan mempunyai matlamat mereka sendiri. Selagi pihak kerajaan tidak mengambil tindakan, pihak RA akan sentiasa mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan cara melaksanakan skim-skim kawalan mereka.

****************